Wednesday 16 March 2011

TELEKUNG SOLAT ~ INDAH KETIKA SUJUD KEPADA NYA


ISLAM sangat menitikberatkan KECANTIKAN & KEBERSIHAN. Sekiranya kita ingin kelihatan cantik di mata manusia, apatah lagi kepada PENCIPTA kita yang Maha Agung. Berpakaian yang indah-indah, tidak salah sekiranya tidak sampai menimbulkan rasa meninggi diri, riak serta menunjuk-nunjuk. Sekiranya kita sebagai seorang khalifah Nya, sentiasa mengutamakan kecantikan apatah lagi bila sujud (solat) kepada Allah, dengan mengenakan sesuatu yang indah, sudah pasti kita juga merasa kenikmatannya. Kerana kita sendiri tahu, kita telah menyiapkan diri untuk sentiasa tampil cantik bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk menyerahkan zahir & batin ketika sujud kepada Nya.


 Sehubungan dengan itu, kikiskan persepsi takut untuk membeli TELEKUNG SOLAT yang dibuat sebegitu indah ketika mengerjakan ibadah samada di rumah, tempat beribadah serta majlis-majlis agama. Selain membeli untuk kegunaan sendiri, TELEKUNG SOLAT boleh
dijadikan sebagai hadiah mahupun cenderamata. Pembuat TELEKUNG SOLAT kini sangat memahami kehendak pengguna, sehingga ada yang telah disertakan sekali dengan karung/bekas untuk menyimpan bagi memudahkan untuk dibawa ke mana-mana. Mudah-mudahan TELEKUNG SOLAT yang dijadikan hadiah dapat menjadikan motivasi kepada penerima untuk mengekalkan solat 5 waktu, Insya Allah. Jadikan TELEKUNG SOLAT yang indah agar kita sama-sama mendapat manfaat atas ibadah yang dijalankan.